Nov
23
Menghapuskan Hutang
Tips menghapuskan hutang yang tidak baik
Untuk mengamalkan tips-tips dibawah, sememangnya memerlukan perubahan sikap yang agak drastik.
Yang penting ialah tetapkan MATLAMAT dan FOKUS. Setkan minda dan tabiat anda.
MATLAMAT disini ialah HAPUSKAN hutang yang tidak baik
1. Senaraikan Segala Komitmen Anda
Sila PERIKSA aliran tunai (cashflow) dan catit segala rekod perbelanjaan penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada untuk tempoh 12 bulan.
Resit-resit belian barang keperluan dapur dan catitan belanja harian sangat-sangat membantu dalam proses ini.
Tidak lupa juga maklumat seperti jumlah hutang, kadar faedah dan tempoh pinjaman.
Tulis dan senarai pada kertas atau masukkan dalam Microsoft Excell.
2. Mengenalpasti kedudukan KEWANGAN Kita
Cuba lihat Jumlah wang simpanan yang kita ada.
3. Mengenalpasti Kedudukan HUTANG Kita
Cuba lihat Jumlah hutang yang kita ada.
4. Utamakan Yang utama
Dalam senarai yang ada, pilih hutang paling jahat sekali untuk dihapuskan Sebagai contoh adalah hutang credit card kerana faedah yang dikenakan tinggi.
Atau hapuskan hutang yang berjumlah paling kecil dan diikuti dengan hutang yang berjumlah lebih besar.
Contohnya :
- Hutang perabot = RM 3,000
- Hutang kad kredit = RM 5,000
- Hutang kereta = RM 50,000
- Hutang rumah = RM 100,000
4. Buat Rancangan Perbelanjaan.
Tetapkan tarikh MATLAMAT langsai hutang
‘Serang’ hutang anda. Bayar LEBIH dari bayaran minima bulanan. Lebih cepat hutang-hutang anda langsai adalah lebih baik.
Buat SEKARANG! dan jangan banyak alasan.
6. Kekalkan Prestasi Anda
Selalunyer memang susah untuk kekalkan momentum yang dirancang. Yang penting!!! hati mesti cekal.
Sila tgk balik MATLAMAT anda
7. Simpan Duit dan JANGAN Buat Hutang Lagi.
Setelah berjaya hapuskan hutang, akan ada lebihan wang (extra cash).
Lebihan wang ini adalah lebih baik dilaburkan kembali untuk diri sendiri, tidak kisahlah menyimpan di ASB, Tabung Haji atau saving akaun biasa. TETAPI bukan pada SKIM CEPAT KAYA.
Dan nikmatilah peningkatan simpanan tabungan anda. Setelah dapat menabung, barulah fikir untuk buat pelaburan yang lain.
PERINGATAN: Selepas ini jangan membuat hutang tidak baik demi memenuhi KEMAHUAN anda.
Utamakan KEPERLUAN bukan KEMAHUAN.


