Syabas Harimau Malaya

Syabas Harimau Malaya!

Demam bola kembali, telah menarik perhatian rakyat Malaysia dan Indonesia untuk menonton perlawanan bola termasuklah TEAM Serimuslimah.com.

Tahniah kerana berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 buat julung-julung kalinya selepas 17 tahun edisi kejohanan berlangsung.

Skuad Muda Harimau Malaya telah mendapat sokongan padu rakyat Malaysia yang tak putus-putus memberi semangat.

K. Rajagobal ternyata telah meletakkan prestasi pasukan Harimau Malaya ke satu tahap yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semoga ianya membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011.

Fakta Piala Suzuki 2010

Final 1 : Malaysia-3 vs Indonesia-0 (Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur)

Final 2 : Indonesia-2 vc Malaysia-1 (Stadium Bung Karno, Jakarta)

Pemain Terbaik Kejohanan: Kapten Pasukan Indonesia

Penerima Kasut Emas: Safee Sali (malaysia)

Juara Piala Suzuki 2010: Malaysia

Sempena kemenangan skuad muda Harimau Malaya di Jakarta, Malaysia mengistiharkan cuti umum pada hari jumaat, 31 Disember 2010.

Syabas buat skuad muda Harimau Malaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Leave a Comment